MATLAMAT

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sentiasa berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat berikut :

1.

Pengurusan

Meningkatkan kualiti pengurusan pelbagai peringkat supaya sentiasa cekap dan berkesan.

2.

Perkhidmatan Cemerlang

Memperkasakan profesionalisme semua pegawai perkhidmatan pendidikan agar dapat memberikan perkhidmatan cemerlang sepanjang masa.

3.

Pembinaan Modal Insan Kelas Pertama

Melahirkan modal insan yang cemerlang dalam akademik, mampan sahsiah, jitu patriotisme, hebat kokurikulum dan kepimpinan, menguasai ICT serta mampu bersaing dan mengharungi cabaran di peringkat global.

4.

Sekolah Terbilang

Memastikan sekolah mencapai Taraf Cemerlang dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

5.

Tanggungjawab Kepada Pihak Berkepentingan

Memastikan segala usaha yang dijalankan mencapai matlamat dan memenuhi harapan semua pihak termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan Negeri Perlis, masyarakat dan ibu bapa.