PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memastikan :

 

 

1. Urusan permohonan belajar semula atau pertukaran murid bagi Sekolah Harian, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) diproses dalam tempoh lima hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

2.Murid mengikut kohot umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada hari pertama sesi persekolahan.

3.Semua sekolah mempunyai bekalan kerusi, meja dan buku teks yang mencukupi pada hari pertama sesi persekolahan.

4. Urusan mengurus dan memproses hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan personel dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan.

5. Proses pengisian kekosongan perjawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dapat diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas menerima senarai calon perakuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

6. Keputusan penempatan dan pertukaran guru diproses tidak lebih daripada 14 hari bekerja setelah menerima senarai guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Proses penempatan bukan guru dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas arahan penempatan diterima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

8. Segala urusan dan penyelesaian masalah berkaitan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pemangkuan atau kenaikan pangkat, pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh borang yang lengkap diterima.

9. Semua tuntutan bayaran yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap diterima.

10. Pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan menghadiri latihan atau kursus sekurang-kurangnya tujuh hari dalam setahun.

11. Sebarang aduan awam diuruskan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

12. Proses pendaftaran calon untuk menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia dalam tempoh 30 hari mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

13. Maklumat di laman web Jabatan (http://jpnperlis.moe.gov.my) dikemaskini dalam tiga hari bekerja selepas maklumat diterima.

14. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK MS ISO 9001:2008) serta dasar-dasar KPM dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua sektor

 

7.2.2017