21 DIS 2017 : URUSAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 (KUP), DG48 (KUP) DAN DG52 (KUP) BAGI PENGISIAN JAWATAN GURU PENOLONG KANAN GRED DG48 DAN GURU KANAN GRED DG44 TAHUN 2018
Semua Ketua Sektor
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perlis
Tuan / Puan,
URUSAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44 (KUP), DG48 (KUP) DAN DG52 (KUP) BAGI PENGISIAN JAWATAN GURU PENOLONG KANAN GRED DG48 DAN GURU KANAN GRED DG44 TAHUN 2018
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan mengadakan Urusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 (KUP), DG48 (KUP) dan DG52 (KUP) bagi pengisian jawatan Guru Penolong Kanan Gred DG48 dan Guru Kanan Gred DG44 Tahun 2018.
3. Permohonan bagi urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44 (KUP), DG48 (KUP) dan DG52 (KUP) yang bertugas di sekolah menengah yang berminat serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
4. Dipohon kerjasama semua ketua jabatan untuk memaklumkan surat iklan ini kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan tuan/puan. Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai yang berminat boleh mendapatkan Borang Permohonan di dalam Portal JPN dan mengemukakan ke Unit Naik Pangkat, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sebelum atau pada 31 Januari 2018.
Sekian, terima kasih.
UNIT NAIK PANGKAT
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS
MUAT TURUN :
1. SURAT IKLAN
3. LAMPIRAN B - ISYTIHAR HARTA
4. LAMPIRAN C - KENYATAAN KETUA JABATAN
5. LAMPIRAN D - SURAT AKUAN PTPTN
7. LAMPIRAN T1 - TAPISAN KEUTUHAN