27 DIS 2017 : SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN PENARAFAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

 

SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR

Tuan,

SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN PENARAFAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN (PPHPP) TAHUN 2018 MELALUI MENU DOKUMEN SKPM, SISTEM e-NAZIR JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI, KPM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.600-10/22/6 Jld. 54 (52) bertarikh 11 Disember 2017 adalah berkaitan.

2    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah menerima permohonan daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) untuk memaklumkan perkara tersebut seperti di atas. Senarai Semak boleh dimuat turun melalui Portal JPN atau Portal NKRA. 

3.    Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk mengisi Senarai Semak Pemeriksaan Penarafan Hari Pertama Persekolahan (PPHPP) dan serahkan kepada penghulu sekolah yang melawat sekolah tuan (jika ada). Jika tiada lawatan pegawai PPD atau JPN sila  serahkan satu salinan kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran.

Kerjasama tuan berhubung perkara ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

 

Muat turun :

1) Senarai semak pemeriksaan penarafan hari pertama persekolahan (WORD)

2) Senarai semak pemeriksaan penarafan hari pertama persekolahan (PDF)