28 DIS 2017 : PERSIDANGAN PENGURUSAN FASILITI SEKOLAH ABAD 21 OLEH UTM CRES

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kajian Harta Tanah (UTM CRES) akan menganjurkan Persidangan Pengurusan Fasiliti Sekolah Abad ke-21 (FAS21) yang akan berlangsung pada 7-8 November 2017, di mana tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada sekolah-sekolah awam dan swasta di Malaysia ke aras pengurusan fasiliti berautonomi.

3.   Objektif utama persidangan ini adalah sebagai wadah perkongsian ilmu dan pengalaman pengurusan fasiliti terbaik di kalangan sekolah-sekolah awam dan swasta di Malaysia serta meluaskan jaringan UTM CRES dengan pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Daerah dan Negeri, sekolah-sekolah dan pihak industri.

4.   Sebarang pertanyaan mengenai persidangan ini, bolehlah menghubungi Cik Siti Zulfarina di talian +607-5557701 atau emelkan kepada cres@utm.my

 

Bersama-sama ini disertakan maklumat berkaitan persidangan untuk makluman tuan/puan. 

Sekian terima kasih

 

BROSUR.png

 

UNIT SAINS

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

 

Muat turun :

1) Brosur