19 JAN 2018 : PEMASANGAN ALAT PENYAMAN UDARA YANG DIPEROLEH MELALUI SUMBANGAN HADIAH ATAU SELAIN PERUNTUKAN MENGURUS DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEMASANGAN ALAT PENYAMAN UDARA YANG DIPEROLEH MELALUI SUMBANGAN HADIAH ATAU SELAIN PERUNTUKAN MENGURUS DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.   Adalah dimaklumkan bahawa, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) telah menerima penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) berhubung pelaksanaan 1Pekeliling Perbendaharaan PB2.1 - Peraturan Bagi Pemasangan, Penyelenggaraan Dan Penggantian Alat Penyaman Udara Di Bangunan Kerajaan Persekutuan.

3.   Sehubungan dengan itu, Unit ini memohon agar Unit Tuan menghebahkan surat siaran dan panduan untuk makluman umum di laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat untuk siaran tersebut

4.   Kerjasama dan tindakan lanjut daripada pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Mohd Azril Kapli

Unit Perolehan dan Pengurusan Aset

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

MUAT TURUN:

SURAT PEMASANGAN ALAT PENYAMAN UDARA YANG DIPEROLEH MELALUI SUMBANGAN HADIAH ATAU SELAIN PERUNTUKAN MENGURUS DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA