MAKLUMAN SUB MODUL KEBERADAAN GURU VERSI APLIKASI MUDAH ALIH (MOBILE APPS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perlis
 
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perlis
 
Tuan,
 
MAKLUMAN SUB MODUL KEBERADAAN GURU VERSI APLIKASI MUDAH ALIH (MOBILE APPS)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif di bawah Pelan Transformasi Pendidikan Awam Tahun 2016 dengan membangunkan satu Aplikasi Mudah Alih bagi Sub Modul Keberadaan Guru. Aplikasi ini bertujuan memberi kemudahan kepada Pengetua/Guru Besar untuk melaksanakan proses Pengesahan Keberadaan Guru di mana-mana sahaja tanpa perlu berada di premis sekolah.
 
3.    Aplikasi Mudah Alih ini boleh dimuat turun di Google Play Store bagi versi Android, App Store bagi versi iOS dan Windows Store bagi versi Windows. Manual Pengguna Aplikasi Mudah Alih KPM e-Keberadaan Guru boleh dimuat turun dari ‘hyperlink’ di bawah :
 
 
4.    Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai.
 
Sekian terima kasih
 
 
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1 HALUAN , SEHALUAN”