KUTIPAN DATA SPS TAHUN 2017

MODUL PENGURUSAN SEKOLAH
PENGETUA/ GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH  NEGERI PERLIS
 
Tuan,
KUTIPAN DATA SPS TAHUN 2016 – MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS) TAHUN 2017
 
Dengan segala hormatnya merujuk surat siaran KPM : KPMSP.100-11/2/40 JLD3(   ) bertarikh : 11 Januari 2017.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pengemaskinian / kutipan data SPS-Modul Pengurusan Sekolah (MPS)  akan dilaksanakan sepanjang tahun 2017 seperti carta kutipan Data SPS – Modul Pengurusan Sekolah 2017 di lampiran A.
3.         Bagi melaksanakan pengemaskinian / kutipan data pengurusan sekolah pada tahun 2017, Guru Data dimohon mengakses Modul Pengurusan Sekolah melalui URL https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php menggunakan password sedia ada. Pengemaskinian setiap komponen di dalam modul ini mesti  mengikut keadaan semasa dan terkini fizikal dan peralatan sekolah.
 
4.         Pihak Sekolah perlu membuat semakan dan pengesahan data bersama ahli Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) seperti yang digariskan dalam SOP Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) bagi menghasilkan data yang sahih dan berkualiti. Pengesahan maklumat sekolah yang ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar sekolah hendaklah dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat sekolah di bawah kawalan tuan.
5.         Sebarang pertanyaan, sila hubungi  En.Badrul Azmi bin Abdul Rahman – Ketua Unit Pengurusan Maklumat di talian 04-9737638 (pejabat) atau email :azmi.abd@moe.gov.my
Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
(BADRUL AZMI B ABD RAHMAN)
Ketua Unit Pengurusan Maklumat
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Tel : 04-9737638
Sila muat turun melalui pautan berikut :
1) Surat Kutipan Data SPS 2017Surat Kutipan Data SPS 2017
2) Lampiran A - Jadual Kutipan Data SPS 2017Lampiran A - Jadual Kutipan Data SPS 2017