HEBAHAN: PENGISIAN PERISYTIHARAN HARTA PENJAWAT AWAM MELALUI APLIKASI HRMIS

1.0     Semua Penjawat Awam diwajibkan mengisytiharkan harta apabila :

1.1     Dilantik dalam perkhidmatan awam.

1.2     Dikehendaki oleh Kerajaan.

1.3     Memperolehi harta tambahan/melupuskan harta.

            1.4     Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun.

            1.5     Sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai tidak memperolehi apa-apa harta tambahan atau melupuskan harta, pegawai perlu membuat pengakuan mengenainya.

2.0     Perisytiharan Harta Penjawat Awam dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah merupakan KPI KPM 2016. 

3.0     Berikut disertakan penerangan umum berkaitan Submodul Perisytiharan Harta melalui aplikasi HRMIS.  Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Unit HRMIS JPN Perlis di talian 04-9737777 / 669 / 760.