PROGRAM 1HATI SEKELUARGA WARGA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS

Bertempat di Pusat Kokurikulum JPN Perlis, Kem Tasoh bertarikh 27 Januari 2018 telah diadakan Program 1Hati Sekeluarga Warga Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang melibatkan semua kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Program ini adalah anjuran Kelab Kebajikan Kakitangan JPN Perlis.

 

HKPIC1.png

 

Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan sarapan. Pelbagai acara pertandingan telah dijalankan antaranya ialah senamrobik/kayuhan mesra, kayuhan basikal perlahan, melukis & mewarna, climbing wall, ikhtiar hidup, ratu cantik ibu dan kasih ibu bapa.

Acara kemuncak pada program tersebut ialah majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah. Program berakhir pada jam 2.00 petang.

 

HKPIC2.png

 

Pautan Galeri Gambar