MAJLIS PERASMIAN GOTONG ROYONG PERDANA EKSA JPN PERLIS 2017

             Bertempat di Gelanggang Tenis, JPN Perlis bertarikh 24 November 2017 telah diadakan Majlis Perasmian Gotong Royong Perdana EKSA JPN Perlis 2017 yang melibatkan semua warga Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

            Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih dari Pusat Kokurikulum JPN Perlis. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh pegawai dari Sektor Pendidikan Islam.

 

pic1.jpg

           

           Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Pendidikan Perlis seterusnya merasmikan Acara Gotong Royong Perdana bagi tahun 2017. Seterusnya majlis penyampaian alatulis dan bahan EKSA kepada semua ketua zon yang hadir. Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran dan sesi bergambar.

            Kesimpulannya, program ini diharapkan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan memenuhi kepuasan pelanggan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

 

pic2.jpg

pic3.jpg

 

 

Pautan Galeri gambar