KEM JATI DIRI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERLIS

PROGRAM JATI DIRI PELAJAR 2017

 

Bertempat di SMK Syed Alwi bertarikh 13 September 2017 telah diadakan Program Jati Diri yang melibatkan 120 pelajar lelaki di semua sekolah sekitar Negeri Perlis. Program ini dikendalikan oleh Majlis Guru Kaunseling Negeri Perlis.

            Program dimulakan pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dari beberapa sekolah menengah terpilih seluruh negeri Perlis. Slot yang pertama dimulakan dengan Ice Breaking yang dikendalikan oleh Puan Zaini dari SMK Tengku Sulaiman. Pada slot yang pertama para pelajar dapat berkenalan dengan semua rakan – rakan dari sekolah lain. Pada slot ini juga para pelajar telah dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing. Para pelajar  menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing.

10.png

            Slot yang kedua adalah slot Kenali Diri yang mana para pelajar dan fasilitator dalam kumpulan akan menjawab soalan ketidak hadiran ke sekolah dan garis kehidupan yang mana melalui soal selidik tersebut fasilitator dapat mengetahui factor ketidakhadiran ke sekolah dan melalui garis kehidupan para peserta dapat mengariskan peristiwa yang mengembirakan dalam hidup mereka. Para peserta berhenti rehat untuk minum pagi.

            Slot diteruskan dengan slot Penghargaan Diri yang mana dalam slot tersebut  para pelajar ditugaskan membawa gelas berisi air di atas kertas mahjung dan melalui trek yang telah disediakan. Semangat kerjasama mesti ditunjukkan sewaktu menjalani aktiviti ini. Matlamat yang ingin dicapai selepas aktiviti ini telah dilaksanakan oleh Puan Nurul Najha Binti Saidon. Para pelajar telah jelas mengenai matlamat mengapa program ini diadakan. Para peserta telah diberikan rehat selepas program ini berlangsung kemudiannya para peserta bergerak dalam kumpulan untuk menunaikan Solat Zuhur di masjid berdekatan.

            Pada sebelah petangnya, slot diteruskan oleh dengan Slot Explorace yang  dikendalikan oleh barisan fasilitator. Sebanyak 10 stesen telah disediakan dan semua peserta mesti melalui setiap stesten tersebut, antaranya Bahaya Merokok, Musang Berjanggut, Universiti Di Hatiku, IQ Games dan sebagainya. Rumusan dan pernilaian kursus telah dikendalikan oleh Encik Zainuddin Bin Hashim. Slot yang terakhir untuk program ini adalah slot Majlis Perasmian Penutupan yang telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Encik Azran Bin Mohamad @Ahmad.

            Kesimpulannya, program ini diharapkan dapat  memberikan manfaat dan perubahan sikap ke arah yang lebih positif untuk semua peserta program.

20.png