Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur kehadrat Illahi di atas keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT yang telah bertungkus lumus dalam membangun dan mengemaskini Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perlis, dimana ia merupakan salah satu saluran perhubungan diantara pihak Jabatan Pendidikan Perlis dengan warga pendidik dan orang awam.

Dalam menempuh era globalisasi dan digital, kita perlulah memperkasakan diri dengan pelbagai maklumat yang berguna demi menempuh cabaran yang mendatang.  Oleh yang demikian, penggunaan ICT merupakan satu kemestian dalam melengkapkan diri dan memperkemaskan serta melonjakkan sistem penyampaian kerajaan supaya lebih cekap dan berkesan.  Selain itu, ia juga dapat memupuk budaya ICT dalam sektor pendidikan di negeri ini.

Portal rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai di mana jua tanpa mengira had masa.  Selain itu, saya berharap portal ini dapat menyediakan semua maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak warga pendidik yang lain dan juga orang awam.

Dengan ini, saya berharap melalui penggunaan perkhidmatan ini, Jabatan Pendidikan Perlis dapat bersama menyumbang ke arah mewujudkan penyaluran maklumat yang diperlukan oleh warga pendidik dan orang awam selaras dengan kemajuan Negara kita yang semakin pesat membangun. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam portal ini.

Wassalam,


Pengarah Pendidikan Perlis