PENGETUA/ GURU BESAR

SEKOLAH-SEKOLAH  NEGERI PERLIS.

Tuan,

PELAKSANAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH VERSI 2.0

Dengan segala hormatnya merujuk surat siaran KPM:KPMSP.100-11/2/40JLD3(    ) bertarikh : 11 Januari 2017.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat KPM Bil.2 Tahun 2016 pada 28 Julai 2016 telah menerima dan meluluskan dengan pindaan seperti 31 Disember 2016 penggunaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sistem Pengurusan Sekolah versi 2.0.

3.         Sehubungan dengan itu, disertakan SOP tersebut untuk dilaksanakan di peringkat sekolah. Segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini boleh hubungi pegawai berikut :

               i.                   Cik Azlin Hairani binti Subki – BPPDP, KPM

                                    Telefon           : 03-88846543

                                    Email              : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

               ii.                  Badrul Azmi bin Abdul Rahman – SPMICT,JPN Perlis

                                    Telefon           : 04-9737638

                                    Email              : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

4.         Kerjasama tuan Pengetua/Guru Besar untuk meneliti dan melaksanakan kandungan Prosedur Operasi Standard (SOP) di peringkat sekolah.Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat sekolah (JPMS) menjadi keutamaan pada keseluruhan proses pemantapan pengurusan data pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.         Keprihatinan dan sokongan tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. 

(BADRUL AZMI B ABD RAHMAN)

Ketua Unit Pengurusan Maklumat

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Tel : 04-9737638

Sila muat turun melalui pautan berikut :

1) Surat Pelaksanaan SOP SPS Versi 2.0Surat Pelaksanaan SOP SPS Versi 2.0

2) SOP SPS Versi 2.0SOP SPS Versi 2.0